Penyakit Kencing Manis | Diabetes Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Monthly Archives: December 2010

You are browsing the site archives by month.

Pengawalan Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis sama ada yang kronik atau masih di tahap awal mendapat risiko penyakit tersebut, pengawalan dari semua aspek perlu dilakukan sebagai rutin dalam kehidupan mereka. Ini bagi memastikan keadaan kencing manis tersebut masih boleh di kawal dan berada di tahap yang masih boleh di terima dan tidak akan menjejaskan kehidupan seharian mereka. Antara aspek-aspek pengawalan yang boleh di lakukan ialah:

  1. Amalkan pemakan yang seimbang dan berjadual.
  2. Jauhi makanan yang mengandungi kadar kalori, gula dan lemak yang tinggi.
  3. Bersenamlah selalu dengan berjalan kaki, jogging, mengayuh basikal, berenang dan permainan yang mengunakan reket bagi menguatkan jantung dan memperbaiki keberkesanan insulin.
  4. Buatlah senaman regangan untuk memperbaiki peredaran darah
  5. Kekalkan berat badan yang sesuai dan kurangkan lemak dan kolestrol di dalam darah.
  6. Periksa kaki, badan anda jika terluka, berkudis, melecet dan bertukar warna. Dapatkan rawatan segera.
  7. Sapukan pelembab untuk menjaga kulit muka.
  8. Selalulah berjumpa doktor dan makanlah ubat seperti mana yang di syorkan.

Dipetik daripada brochure Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Ubat Kencing Manis mujarab.


Incoming search terms:

  • kawalan kencing manis
  • pamphlet kencing manis
  • pamphlet obesiti
  • kawalan dan pencegahan diabetes
  • pamplet kencing manis
  • pamphlets on kencing manis
  • pamplet obesiti
  • pamplet penyakit kencing manis
  • pamplet tentang obesiti
  • contoh brochure penyakit

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis.

1. Apa yang hendak di makan?

2. Waktu makan yang sesuai.

3. Amaun makanan yang boleh dimakan.

Makanan yang perlu dihadkan oleh pesakit kencing manis.

Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan di serap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak. Pengambilan makan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.Contohnya:

1. Nasi

2. Bijirin

3. Biskut

4. Kekacang

5. Susu

6. Pasta

7. Semua jenis mee

8. Semua jenis tepung

9. Semua jenis ubi

10. Buah-buahan/jus

11. Sayuran berkanji (Contoh: labu)

12. Jagung

13. Serbuk coklat

Makanan yang bebas dimakan

Contoh:

1. Air kosong

2. Air mineral

3. Kopi dan teh

4. Air barli

5. Jus limau nipis

6. Sayur-sayuran

7. Ulam-ulaman

8. Cuka

9. Sup

10. Serbuk rempah

11. Serbuk cili

12. Herba

Pengambilan serat yang betul.

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut

1. Yang larut dalam air-ia membantu melambatkan peyerapan nutrien.

2. Serat tak larut-tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan-membantu mengelakkan

sembelit.

Serat yang tidak larut boleh digunakan dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40 gram sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat:

Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijiran, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.

Pengambilan lemak yang betul.

Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak tepu

Sumber utamanya adalah daripada sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan seperti santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol dalam darah.

2. Lemak tak tepu

Lemak poli tak tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang sederhana.

Lemak mono tak tepu

Dijumpai dalam minyak zaitun dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pengambilan protien yang betul.

Protien diperlukan untuk memperbaiki tisu di dalam tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protien 15-20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protien boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya yang lain-lain) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Protien haiwan biasanya mengandungi lemak yang tinggi. Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

Pengambilan vitamin dan zat galian yang mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden kencing manis. Kromium mempunyai fungsi menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti oksidan seperti vitamin C dan E serta Beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi kencing manis.

Contoh menu 1800 kalori.

Sarapan pagi

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati.

1 biji telur atau 1 keping daging.

Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung

Minum pagi

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut.

Teh atau kopi (tanpa gula).

Makan tengahari

1 1/2 cawan nasi putih

1 ekor ikan (sederhana saiz) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging.

1 cawan sayur

1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

Minum petang

2 keping kuih (tanpa gula).

Teh atau kopi (tanpa gula).

Makan malam

Sama seperti makan tengahari atau 1 1/2 cawan mee atau bihun atau kuh teow atau 4 keping roti.

Incoming search terms:

  • makanan untuk kencing manis
  • makanan untuk pesakit kencing manis
  • makanan kencing manis
  • makanan untuk penyakit kencing manis
  • menu pesakit kencing manis
  • pemakanan pesakit kencing manis
  • menu untuk pesakit kencing manis
  • makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis
  • menu kencing manis
  • makanan untuk orang kencing manis

Makanan yang perlu dielakkan bagi pesakit kencing manis

Makanan dan minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat. Senarai-senarai makanan di bawah adalah antara makanan yang perlu di elakkan oleh pesakit kencing manis seperti:

1. Gula pasir

2. Gula merah

3. Gula melaka

4. Gula batu

5. Gula-gula

6. Sirap

7. Jeruk

8. Halwa

9. Kuih-kuih manis

10. Susu pekat manis

11. Buah-buahan dalam tin

12. Minuman ringan

13. Coklat

14. Madu lebah

15. Jem (kecuali jem untuk diabetes)

16. Semua makan yang bersalut gula

Incoming search terms:

  • makanan pesakit kencing manis
  • senarai makanan untuk pesakit kencing manis
  • pemakanan kencing manis
  • pemakanan untuk kencing manis
  • menu makanan untuk orang kencing manis
  • makanan diabetes
  • senarai makanan pesakit kencing manis
  • makanan untuk diabetes
  • pemakanan pesakit diabetes
  • makanan untuk pengidap kencing manis

Apa itu Gula?

Kebanyakkan kita menggambarkan gula sebagai gula atau gula merah yang dijual dikedai sahaja. Gula juga terdapat dalam gula mentah, madu sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia gula boleh wujud dalam bentuk glukosa, sukrosa, dekstrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100% sukrosa.

Dimanakah terdapat gula?

1. Secara semulajadi

Gula wujud secara semulajadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan dan sayuran berkanji.

2. Secara tersembunyi

Gula yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan dirumah.Contohnya minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih muih tradisional.

Gula dan kesihatan kita.

Gula terhasil daripada proses pemecahan makanan berkarbohidrat didalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.

2 masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan

1. Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

2. Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).

Berapa banyakkah gula yang perlu kita ambil setiap hari?

Secara purata, setiap rakyat Malaysia mengambil 24 sudu teh (120 gram) gula sehari termasuk gula tersembunyi. Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk gula yang ditambah atau tersembunyi. Pengambilan yang berlebihan ini adalah sangat tidak diperlukan oleh badan kita dan selaras dengan masalah ekonomi sekarang ini maka adalah sangat tidak wajar kita mengurangkan pengambilan gula mengikut keperluan badan sahaja.

Panduan mengurangkan pengambilan gula.

1. Kurangkan memakan makanan yang manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih dan bijirin bersira.

2. Lebihkan meminum air kosong. Kurangkan pengambilan minuman manis/bergas.

3. Kurangkan gula dalam resepi anda. Contohnya kandungan gula dalam resepi kek boleh dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa dan kualitinya.

4. Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau mempunyai label “Tanpa gula tambahan”

5. Makan buah-buahn segar sebagai pencuci mulut. Sekiranya membeli buah-buahan dalam tin, pilih yang menggunakan air atau jus semulajadi. Elakkan buah-buahan yang ditinkan dalam sirap pekat.

Incoming search terms:

  • APA ITU GULA
  • apa itu kencing manis
  • kurangkan kencing manis
  • apa itu sukrosa
  • kurangkan gula dalam darah
  • apa itu penyakit diabetes
  • kesan gula
  • kesan makanan manis
  • mengurangkan kencing manis
  • makanan kurangkan kencing manis