Penyakit Kencing Manis | Diabetes Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Monthly Archives: May 2011

You are browsing the site archives by month.

Pengambilan gula rakyat Malaysia membimbangkan

 

KUALA LUMPUR 24 Nov 2009 — Kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia telah sampai ke tahap amat membimbangkan dan negara akan terus mengalami kos ekonomi dan sosial yang tinggi sekiranya penduduk tidak mengubah gaya hidup mereka, demikian amaran oleh ahli fisioterapi terkenal hari ini.

Dr B.S.Bains berkata, kira-kira 14.5 peratus daripada 26 juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit diabetes dengan bilangannya bertambah pada kadar yang tidak terkawal.

Dr Bains, yang juga presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian klinik Bains, turut memberi amaran mengenai peningkatan penyakit strok atau angin ahmar.

Katanya, kandungan gula yang tinggi dalam banyak makanan dan minuman kegemaran rakyat Malaysia merupakan punca utama penyakit diabetes yang sebaliknya berkait rapat dengan penyakit strok.

Dalam temu bual dengan Bernama, Dr. Bains mengenal pasti minuman teh tarik sebagai musuh nombor satu kadar tinggi pengambilan gula. – Bernama

UTUSAN


 

Incoming search terms:

  • Punca Diabetes
  • punca-punca penyakit diabetes
  • sebab-sebab penyakit kencing manis
  • punca menghidap diabetes
  • gula punca kencing manis
  • kencingmanis net teh-tarik-punca-diabetes
  • diabetes sebab gula
  • pengambilan gula diabetes journal
  • teh tarik boleh menyebabkan kencing manis
  • penyakit makan gula banyak

Bayi berusia enam bulan menghidap diabetes

 

KUALA LUMPUR 17 Julai – Sukar untuk dipercayai apabila bayi berusia enam bulan turut dilaporkan mengalami diabetes di negara ini. Mendedahkan perkara itu pada program Kem Diabesiti 1Malaysia 2010 di sini hari ini, Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya, Dr. Fuziah Md. Zain berkata, bayi tersebut menghidap kencing manis apabila antibodi dalam badannya telah merosakkan pankreasnya yang mengeluarkan insulin hingga mengakibatkan bayi tersebut mengalami kekurangan insulin.

“Kes yang melibatkan bayi pada usia semuda ini adalah sangat jarang berlaku kerana kebiasaannya pesakit diabetes di kalangan pesakit muda melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan usia empat hingga enam tahun.

“Jadi diabetes tidak mengenal usia. Sesiapa sahaja berisiko untuk menghidapinya,” katanya.

Dr. Fuziah berkata, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap diabetes adalah dari jenis 1 di mana mereka memerlukan rawatan suntikan insulin sepanjang hayat mereka. Mengikut statistik, antara 2006 hingga 2008 seramai 630 kanak-kanak dan remaja dikesan menghidapi diabetes di mana 80 peratus daripada mereka menghidap diabetes jenis 1 manakala 20 peratus lagi penghidap diabetes jenis 2, jelasnya.

Beliau menerangkan bahawa diabetes jenis 2 kebiasaannya dialami oleh orang dewasa manakala kanak-kanak yang mengalaminya adalah kerana mempunyai masalah berat badan. Diabetes jenis 1 berlaku apabila pankreas pesakit langsung tidak boleh menghasilkan insulin, manakala bagi jenis 2, pankreas pesakit masih boleh menghasilkan insulin tetapi insulin itu tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Diabetes di kalangan kanak-kanak bukan hanya berpunca daripada faktor keturunan atau riwayat keluarga, pemakanan dan cara hidup, tetapi boleh juga disebabkan oleh jangkitan virus. ”Penyakit ini tidak boleh diatasi tetapi boleh dikawal sekiranya kanak-kanak ini memiliki disiplin dan semangat yang tinggi serta mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat,” kata Dr. Fuziah.

Beliau berkata, ibu bapa, guru dan anggota masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memotivasi dan menyokong kanak-kanak yang menghidapi diabetes agar mereka tidak rasa tersisih. Melalui kem tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Pediatrik Hospital Putrajaya, kanak-kanak obesiti dan diabetes dikumpul untuk menjalani pelbagai aktiviti bagi meningkatkan pengetahuan mereka terhadap diabetes dan cara penjagaannya.

Antara pesertanya ialah Muhammad Hafizuddin Abu Hasan, 15, yang terkejut apabila mengetahui dia menghidap diabetes tiga tahun lepas sedangkan dia dikatakan tidak mempunyai keluarga yang menghidapnya. ”Masa itu saya selalu rasa pening dan cepat penat. Bila saya dibawa untuk pemeriksaan doktor, saya terkejut apabila diberitahu mengenainya,” katanya yang tidak mempunyai masalah obesiti atau pemakanan.

Muhammad Hafizuddin yang perlu mendapatkan suntikan insulin setiap hari berkata diabetes yang dialaminya tidak menghalangnya untuk terus bersukan terutama sukan bola sepak yang menjadi kegemarannya. Indran Kumren, 14, pula menghidap diabetes setahun yang lalu. Dia juga tidak mempunyai keturunan yang menghidap diabetes. Dia memerlukan suntikan insulin dua kali sehari.

“Saya merasa malu pada peringkat awal. Namun kawan-kawan saya tidak pernah mengejek saya,” katanya.- BERNAMA

Utusan Malaysia

 

Incoming search terms:

  • diabetes di kalangan kanak-kanak
  • kencing manis di kalangan kanak-kanak
  • kencing manis kanak-kanak
  • penyakit kencing manis kanak-kanak
  • diabetes kanak-kanak
  • kanak-kanak diabetes
  • kanak kanak kencing manis
  • penyakit kencing manis di kalangan kanak-kanak
  • peranan hospital terhadap pesakit kencing manis tahun 1999
  • penyakit kencing manis pada kanak-kanak

Testimoni Kencing Manis

 

Klik gambar untuk membaca isi kandungan.

Untuk maklumat lanjut layari www.ubatkencingmanis.net

Jangan tunggu dan bertangguh-tangguh lagi…ubati segera kencing manis anda

 

 

Incoming search terms:

  • kacip emas
  • ubat penyakit kencing manis
  • ubat kencing manis kacip emas
  • testimoni kacip emas
  • penawar kacip emas
  • kacip emas kencing manis
  • kandungan kacip emas
  • testimoni kanak kanak kencing manis