Penyakit Kencing Manis | Diabetes Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Monthly Archives: November 2011

You are browsing the site archives by month.

Diabetes sebabkan mati mengejut

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang. Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.

Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.

Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain. “Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.

Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.

AMALAN pengambilan makanan seimbang boleh mencegah penyakit diabetes.

Obesiti 

“Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.

 “Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.

Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes. “Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.

“Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.

 Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.

Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.

“Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.

“Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.

Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.

Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu. “Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.

“Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi. Sumber Kosmo

 

Incoming search terms:

  • STATISTIK PENYAKIT BERPUNCA AMALAN KEBERSIHAN
  • gula sebabkan obesiti
  • bilangan peratus kematian komplikasi kencing manis
  • sebab-sebab kematian oleh kencing manis
  • sebab-sebab mengelakkan obesiti
  • sejarah perkembangan penyakit diabetes
  • sejarah perkembangan penyakit obesiti di Malaysia
  • statistik obesiti di malaysia terbaru
  • STATISTIK PENYAKIT BERPUNCA
  • statistik pesakit malaysia berpunca dari pemakanan

Penghidap diabetes meningkat 3 juta tahun ini

KOTA BHARU: Jumlah penghidap diabetes di negara ini semakin membimbangkan apabila kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan peningkatan tiga juta penghidap kencing manis tahun ini berbanding hanya 1.5 juta lima tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, keadaan lebih membimbangkan apabila dua juta rakyat negara ini yang mempunyai kandungan gula dalam darah tinggi masih belum membuat pemeriksaan doktor.

Katanya, diabetes penyakit senyap dan jika dibiarkan berlanjutan ia akan memberikan komplikasi kesihatan seperti risiko buta, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk. “Keputusan awal kajian NHMS 2011 yang dijangka diterbitkan Disember ini, menunjukkan peningkatan penghidap diabetes di negara ini dengan lebih tiga juga orang berbanding lima tahun lalu, hanya 1.5 juta orang.

“Lebih membimbangkan lagi ialah dua juta orang dewasa mempunyai kandungan gula tinggi dalam darah dan ini menunjukkan masih ramai rakyat negara ini belum melakukan ujian saringan kesihatan mereka secara tetap serta berkala,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik melalui laman web Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Hasan berkata, tahap penjagaan penyakit bagi mereka yang sudah disahkan menghidap diabetes dan penyakit NCD masih tidak memuaskan, apabila data KKM mendapati satu daripada lima pesakit terbabit mencapai sasaran gula dalam darah yang baik.

“Data juga mendapati dua daripada lima pesakit mencapai sasaran tekanan darah yang optimum; satu daripada empat pesakit mencapai sasaran tahap kolesterol yang baik dan hanya satu daripada enam pesakit berada pada tahap BMI yang ideal,” katanya. Sehubungan itu, katanya, semua rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas disyorkan segera menjalani ujian saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) setiap tahun bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa terjamin.

Sumber Berita Harian 11 November 2011

Incoming search terms:

  • statistik kesihatan rakyat malaysia
  • statistik diabetes mellitus di malaysia
  • kementerian kesihatan malaysia kencing manis
  • statistik tahap kesihatan rakyat malaysia
  • statistik diabetes kementerian kesihatan malaysia
  • statistik penyakit kencing manis di malaysia 2012 kementrian kesihatan
  • graf statistik diabetes mellitus di malaysia
  • data pesakit diabetes
  • statistik kementerian kesihatan malaysia
  • graf penyakit kencing manis di malaysia