Penyakit Kencing Manis | Diabetes Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Monthly Archives: February 2012

You are browsing the site archives by month.

Setiap penyakit ada penawar jika berikhtiar

DARI Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: “Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis

ISLAM menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa juga perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.

 Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh mana keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.

Golongan yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan, sebaliknya bagi orang yang kurang imannya yang mana hal yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh daripada jalan-Nya.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan atau ujian yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pepatah Melayu ‘pantang maut sebelum ajal’.

Sumber

Incoming search terms:

  • www images penyakit kudung
  • penawar diabeter pdf

Kencing manis jejas keupayaan

Kencing manis jejas keupayaan

 

KENCING manis adalah penyakit digeruni, apatah lagi ia satu rantaian penyakit kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Bagi lelaki pula, mereka berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan jika mengalaminya.Sesiapa saja berisiko menghidap sakit ini tanpa mengira peringkat umur. Jika ia berlaku ketika peringkat kanak-kanak, individu itu dikatakan penghidap penyakit kencing manis juvenil.

Mereka akan diberi suntikan hormon insulin sepanjang hayat kerana sel yang memproses insulin dalam organ pankreas tidak berfungsi lagi. Namun bagi individu menghidap kencing manis selepas baligh (dewasa), ia berlaku akibat badan tidak dapat menggunakan insulin atau hormon insulin berkurangan serta tidak dapat menampung metabolisme karbohidrat.

Dengan tahap glukosa tinggi dan tidak stabil itu, keseluruhan fungsi sistem tubuh badan seperti perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala. Kedua-dua fungsi ini penting dan jika ia terganggu, fungsi tubuh badan turut terganggu seperti kegagalan lelaki mengekalkan atau mencapai ereksi ketika terangsang. Individu itu juga mungkin gagal mencapai atau mengawal ejakulasi dan cepat klimaks.

Sebilangan besar pesakit kencing manis yang mematuhi nasihat doktor dan makan ubat untuk mengawal tahap glukosa dapat mengekalkan kemampuan melakukan persetubuhan. Oleh kerana penyakit kencing manis hanya boleh dikawal dan tiada penawarnya, lelaki yang tidak peka dengan nasihat dan rawatan doktor akan mengalami masalah kemampuan seksualnya.

Individu itu akan sukar mencapai ereksi mencukupi untuk melakukan persetubuhan atau ereksinya tidak kekal serta tidak sempat melakukan penembusan faraj atau mati separuh jalan. Kesudahannya, individu itu mengalami mati pucuk tetap. Ada juga penghidap kencing manis tidak dapat mencapai ejakulasi walaupun dia rasa sudah mencapai orgasma. Selain itu, ada individu boleh mencapai ejakulasi tapi terasa macam air maninya masuk ke pundi kencing (kencing selepas klimaks dan mendapati air kencingnya keruh atau mengandungi keladak putih).

Jangan mudah percaya cakap yang kononnya makan ubat kencing manis menyebabkan mati pucuk. Ia tidak benar. Semua pesakit kencing manis lambat-laun akan mengalami mati pucuk atau kegagalan ejakulasi. Walaupun ada ubat boleh melancarkan aliran darah di zakar dan dilihat dapat mengatasi masalah itu, ia tetap bermasalah jika tidak mengawal penyakit itu.

Yang penting, ikut nasihat dan rawatan doktor. Jika anda mula mengalami masalah itu, segera berjumpa doktor pakar. Jangan pula mendiamkan diri atau dapat ubat mengarut tanpa nasihat doktor, termasuk mendapatkan rawatan daripada tabib atau tukang urut. Nanti padah! Sumber

Incoming search terms:

  • kencing manis dan rawatan
  • kesan kencing manis kepada lelaki
  • mati pucuk sebab kencing manis
  • kesan lelaki kencing manis
  • petua kencing manis dan darah tinggi
  • ubat kencing manis penyebab mati pucuk
  • punca kencing putih
  • penyakit kencing manis punca mati pucuk
  • nasihat doktor tentang diabetis
  • rawatan mati pucuk akibat kencing manis