Penyakit Kencing Manis | Diabetes Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Category Archives: Uncategorized

Pantang adalah perkara utama jika ada kencing manis

Pantang adalah perkara utama jika ada kencing manis..adakah anda setuju dengan statement tersebut.Ya..memang itu lah perkara utama dalam memastikan paras gula di dalam badan kita boleh dikontrol dengan baik. Biar makan ubat harga beribu pun tapi, makanan harian tak pantang, memang agak sukar untuk mengawal tahap kencing manis.

Jika anda ambil ubat dengan doktor pun,mesti doktor cakap, makcik tolong jaga makan yer, kena pantang, itulah ayat yang pasti kita dengar, sebab tu ramai yang tak nak ke klinik atau hospital sebab dah tahu apa yang doktor nak cakap. Mahu tak mahu memang itu hakikatnya, penyakit kencing manis memang sangat2 berkait rapat dengan makanan, memang kit aperlu pantang.

Jadi pastikan anda pantang dan jaga makanan yang hendak di ambil, kalau sedap tapi nanti kita dapat penyakit macam tak berbaloi pulak. Buat sedikit senamanringan setiap hari dan makan buah buahan dan sayur sayuran yang banyak setiap hari. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak sebagai langkah pencegahan..

Incoming search terms:

  • pantang kencing manis
  • makanan pantang kencing manis
  • makanan pantang penyakit kencing manis
  • pantang orang kencing manis
  • makanan pantang bagi kencing manis
  • pantang untuk pesakit kencing manis
  • pamphlet kesihatan
  • pantang diabetes
  • pantang makanan pesakit scloderma
  • vco treenea untuk kencing manis

Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilogram bermula esok

KUALA LUMPUR: 2012/09/28: 

Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Razak. 

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata, pengurangan subsidi itu mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.  

“Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta,” katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” hari ini. 

Perdana Menteri berkata, keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini. 

Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini. 

Kenaikan itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang. 

Najib berkata, di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan. 
“Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun,” katanya. 

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran. 

Beliau berkata, peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. – BERNAMA: SUMber

Sejauh mana harga gula boleh menentukan tahap penyakit kencing manis di kalangan pengguna.

Incoming search terms:

  • statistik graf kenaikan harga gula malaysia
  • isu masalah kenaikan harga barang 2012
  • statistik subsidi dan pinjaman di malaysia
  • statistik kencing manis dengan harga
  • statistik kenaikan harga minyak di malaysia
  • statistik kenaikan harga gula di malaysia
  • statistik kenaikan harga barang di malaysia 2013
  • stastik tentang subsidi
  • penyakit kencing manis bermula edema
  • obesiti malaysia harga gula

Diabetes serang orang muda

Bilangan penghidap meningkat kerana tidak jaga makan, kurang bersenam 

UMUMNYA masyarakat hanya mengetahui diabetes ataupun kencing manis disebabkan kadar gula yang terlampau tinggi dalam tubuh seseorang. Kebanyakan mereka akan mengawal pemakanan supaya kadarnya tidak naik terlalu tinggi hingga ada sebilangannya terpaksa dipotong anggota badannya untuk mengelak keadaan bertambah kritikal.  

Adakah pesakit diabetes mengetahui kesan penyakit yang dihidapinya itu boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular lain hinggap ke atas badan mereka? 

Bagi mereka yang kurang mengambil berat mengenai diabetes, ia sebenarnya antara penyebab kepada penyakit jantung. Pesakit diabetes mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dua hingga empat kali ganda berbanding orang biasa, malah mereka juga berkemungkinan mendapat serangan jantung secara tiba-tiba. 

Pesakit diabetes juga berkemungkinan lumpuh adalah dua kali ganda berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, 60 hingga 70 peratus pesakit diabetes mati disebabkan oleh penyakit kardiovaskular terutama sakit jantung. 

Wanita yang mempunyai diabetes lebih mudah diserang penyakit jantung berbanding lelaki memandangkan mereka tidak lagi dilindungi hormon semula jadi yang terhasil di dalam badannya. 

Pengarah Eksekutif Institut Diabetes Negara (NADI), Datuk Prof Emeritus Mustaffa Embong, berkata hampir 40 hingga 50 peratus pesakit diabetes juga berhadapan dengan risiko kegagalan buah pinggang, buta dan anggota badan dipotong. Katanya, selaras dengan peredaran zaman yang semakin canggih, jumlah pesakit diabetes semakin meningkat di seluruh dunia terutama di negara membangun termasuk Malaysia. 

Kementerian Kesihatan melaporkan, pada awal 1960-an, kira-kira satu hingga dua peratus saja jumlah pesakit diabetes, tetapi jumlah itu meningkat kepada empat peratus pada 1970-an, lapan peratus (1980-an) manakala 14 peratus pada 1996 hingga 2006. 

“Kajian dilakukan NADI, pada 1996 hingga 2006, kira-kira 17 peratus jumlah pesakit ini adalah kalangan orang dewasa manakala jumlah kanak-kanak juga semakin meningkat. 

“Kanak-kanak seawal usia empat tahun dikesan menghidapi penyakit ini, malah ada juga yang baru lahir juga dijangkiti penyakit sama . Dulu usia paling muda menghidap penyakit itu ialah ketika 20 tahun,” katanya ditemui baru-baru ini. 

Mustaffa berkata, jumlah pesakit diabetes yang diakibatkan faktor keturunan, obesiti, tidak bersenam dan wanita mengandung meningkat sebanyak 25 hingga 30 peratus dan paling membimbangkan ramai yang tidak tahu mengenainya kecuali selepas pemeriksaan kesihatan. 

“Menerusi ujian Impact Glucose Test Tolerance (IGTT), mendapati mereka yang mempunyai pra-diabetes iaitu gula di dalam badan tinggi daripada normal juga berisiko menghidap diabetes jika tidak dirawat,” katanya yang menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup dan diet seimbang. 

Manusia memerlukan 1,800 hingga 2,000 kalori setiap hari, namun lazimnya mereka makan lebih daripada yang sepatutnya iaitu 2,500 hingga 3,500 kalori sehari. 

“Mereka juga gemar mengambil makanan berlemak, bergoreng dan makanan segera. Lebih memburukkan keadaan penyakit itu mudah datang jika mereka kurang menjalankan aktiviti fizikal seperti berjalan, bermain, mencuci, menyapu rumah dan basuh baju tanpa guna mesin basuh atau berkebun. Sebenarnya mereka tidak perlu keluarkan kos yang banyak seperti ke gimnasium atau berjoging, cukuplah sekadar aktiviti fizikal itu,” katanya. 

Mustaffa menambah, kurang menjalankan aktiviti fizikal juga menyebabkan masalah kegemukan di kalangan kanak-kanak yang akhir mendatangkan risiko penyakit kepada mereka. 

Mengikut kajian Kementerian Kesihatan, peratusan orang yang mempunyai berat badan berlebihan meningkat kepada 220 peratus manakala gemuk meningkat kepada 300 peratus. 

“Golongan berkenaan tidak terkecuali menghadapi risiko penyakit diabetes, sakit jantung, artritis dan kemandulan,” katanya. 

Kajian mendapati, hanya 15 peratus rakyat di negara ini yang betul-betul aktif bersenam manakala 85 peratus pula hanya baring, tidur dan langsung tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. 

Lebih membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 800,000 rakyat di negara ini akan menghidap diabetes, menjelang 2020, namun belum pun sampai tempoh itu, kini jumlahnya itu sudah mencecah empat juta orang. 

“Kementerian Kesihatan menganggarkan kira-kira 28 peratus rakyat di negara ini akan menghidap diabetes, menjelang 2016 manakala NADI pula menganggarkan jumlah itu sebenarnya lebih tinggi lagi. 

“Di peringkat global pula rakyat China diramalkan paling ramai menghidap diabetes, menjelang 2020, diikuti India dan Asia Tenggara (yang terdiri daripada Malaysia, Filipina dan Singapura). Keadaan itu juga menyebabkan banyak syarikat mengambil kesempatan mengeluarkan pelbagai produk berasaskan kesihatan bagi mengaut keuntungan,” katanya. 

Beliau berkata, orang Melayu dilihat lebih liat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana takut dan sikap itu seharusnya dielakkan dan bukannya hanya berserah kepada kuasa atau takdir Allah. 

Pada masa sama, beliau menyarankan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat, sentiasa aktif, jaga pemakanan, berfikiran positif dan jalani pemeriksaan di klinik kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan dan mengelak sebarang komplikasi penyakit berkenaan. 

Dari segi perubatan pula, diabetes boleh dicegah dengan hanya mengambil ubat yang dibekalkan doktor, namun jika ubat berkenaan terlalu mahal, ada ubat yang mempunyai kesan sama dan jauh lebih murah yang dipanggil ‘Generik’. 

Generik boleh didapati di hospital dan pihak Pharmaniaga juga adalah antara syarikat pengeluar dan pembekal ubat terbabit. 

Sementara itu, Mustaffa berkata, NADI iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan berasaskan keuntungan semata-mata akan mengadakan persidangan Diabetes Asia 2011 kali ke-10, di Pusat Konvensyen, Sunway Resort Hotel and Spa, Selangor, pada 5 Oktober hingga 9 Oktober ini. 

Persidangan yang ditaja oleh Pharmaniaga itu bertujuan membantu meningkatkan pengurusan dan penekanan aspek praktikal penjagaan diabetes terkini. 

Selain itu, NADI juga dalam perancangan untuk menubuhkan Pusat Sumber Kardiovaskular Diabetes Kebangsaan di setiap hospital kerajaan terpilih bertujuan memberi nasihat kepada pesakit ini, selain mengadakan pelbagai aktiviti yang diadakan dengan kerjasama Pharmaniaga. Sumber

Incoming search terms:

  • tanda-tanda kencing manis kritikal
  • tanda kencing manis kritikal
  • tanda-tanda kencing manis naik
  • kesan kencing manisa dari segi kesihatan orang muda
  • pesakit kencing manis berapa keleri setiap hari
  • datuk k sakit
  • peratusan penghidap diabetes di selangor
  • gambar orang kena kencing manis
  • penyakit datuk k
  • peratus terbahru pesakit diabetes 2013

Peningkatan penghidap diabetes membimbangkan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes susulan pendedahan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata keputusan kaji selidik NHMS itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.

“Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat kepada 31 peratus dalam hanya lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan ‘Ke arah Pencegahan dan Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik’ di sini hari ini, Dr Hasan berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

“Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap dan berkala dan penghidap diabetes mesti mendapatkan rawatan serta penjagaan sewajarnya, misalnya mengawasi kadar gula dalam darah, mendapatkan rawatan bagi peningkatan tekanan darah, dan penjagaan kaki serta mata,” katanya.

Dr Hasan berkata, langkah pencegahan adalah tindakan yang menjimatkan wang dan mengurangkan dengan banyak perkembangan penyakit itu serta komplikasinya.

Beliau menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan sektor swasta supaya membantu kementerian itu dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dengan mempromosikan kempen gaya hidup sihat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Prof Datuk Ikram Shah Ismail berkata diabetes seharusnya dianggap sebagai isu sosial serta ekonomi dan bukannya isu kesihatan.

Beliau berharap pengamal perubatan dan semua pihak akan terus mempromosikan kesedaran mengenai diabetes untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia. – BERNAMA

Sumber

Incoming search terms:

  • statistik kesihatan penduduk malaysia 2012
  • statistik diabetes di malaysia-NHMS
  • statistik peningkatan kesihatan selepas ada subsidi
  • peratusan peningkatan pesakit diabetes di selangor
  • statistik 2012 penyakit kencing manis
  • perangkaan jumlah pesakit
  • peningkatan diabetes di malaysia
  • statistik penyakit measles di terengganu
  • statistik peratusan peningkatan
  • statistik penyakit dimalaysia kkm