Kencing Manis | Penyakit Kencing Manis Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis

Prinsip asas diet untuk pesakit kencing manis.

1. Apa yang hendak di makan?

2. Waktu makan yang sesuai.

3. Amaun makanan yang boleh dimakan.

Makanan yang perlu dihadkan oleh pesakit kencing manis.

Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan di serap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak. Pengambilan makan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.Contohnya:

1. Nasi

2. Bijirin

3. Biskut

4. Kekacang

5. Susu

6. Pasta

7. Semua jenis mee

8. Semua jenis tepung

9. Semua jenis ubi

10. Buah-buahan/jus

11. Sayuran berkanji (Contoh: labu)

12. Jagung

13. Serbuk coklat

Makanan yang bebas dimakan

Contoh:

1. Air kosong

2. Air mineral

3. Kopi dan teh

4. Air barli

5. Jus limau nipis

6. Sayur-sayuran

7. Ulam-ulaman

8. Cuka

9. Sup

10. Serbuk rempah

11. Serbuk cili

12. Herba

Pengambilan serat yang betul.

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut

1. Yang larut dalam air-ia membantu melambatkan peyerapan nutrien.

2. Serat tak larut-tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan-membantu mengelakkan

sembelit.

Serat yang tidak larut boleh digunakan dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40 gram sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat:

Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijiran, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.

Pengambilan lemak yang betul.

Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak tepu

Sumber utamanya adalah daripada sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan seperti santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol dalam darah.

2. Lemak tak tepu

Lemak poli tak tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang sederhana.

Lemak mono tak tepu

Dijumpai dalam minyak zaitun dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pengambilan protien yang betul.

Protien diperlukan untuk memperbaiki tisu di dalam tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protien 15-20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protien boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya yang lain-lain) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Protien haiwan biasanya mengandungi lemak yang tinggi. Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

Pengambilan vitamin dan zat galian yang mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden kencing manis. Kromium mempunyai fungsi menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti oksidan seperti vitamin C dan E serta Beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi kencing manis.

Contoh menu 1800 kalori.

Sarapan pagi

1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati.

1 biji telur atau 1 keping daging.

Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung

Minum pagi

2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut.

Teh atau kopi (tanpa gula).

Makan tengahari

1 1/2 cawan nasi putih

1 ekor ikan (sederhana saiz) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging.

1 cawan sayur

1 biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.

Minum petang

2 keping kuih (tanpa gula).

Teh atau kopi (tanpa gula).

Makan malam

Sama seperti makan tengahari atau 1 1/2 cawan mee atau bihun atau kuh teow atau 4 keping roti.

UBAT KENCING MANIS

Incoming search terms:

  • makanan untuk pesakit kencing manis
  • makanan untuk kencing manis
  • makanan kencing manis
  • makanan untuk penyakit kencing manis
  • menu pesakit kencing manis
  • pemakanan pesakit kencing manis
  • menu untuk pesakit kencing manis
  • menu kencing manis
  • makanan yang sesuai untuk pesakit kencing manis
  • makanan untuk orang kencing manis

Leave a Reply

Post Navigation