Kencing Manis | Penyakit Kencing Manis Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Cara kawal penyakit kencing manis

Dipetik dari Kosmo Online 11/04/2011

KUALA LUMPUR 11 April – Bekas menteri kabinet, Tan Sri Zaleha Ismail adalah penghidap kencing manis tetapi beliau berjaya mengawal penyakit itu dengan menjalani senaman setiap hari.

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu berkata, dengan bersenam, seseorang itu akan berpeluh dan ini akan menurunkan tahap gula dalam darahnya.

“Ini menunjukkan senaman ringkas sangat penting walaupun hanya 30 minit,” katanya semasa berucap pada satu ceramah mengenai penjagaan kesihatan di sini hari ini.

Zaleha, 75, yang juga Presiden Yayasan Suara Wanita, menasihatkan orang ramai supaya menjadikan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai satu rutin bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa baik.

“Pemeriksaan ini penting supaya kita tahu tentang keadaan badan kita dan dapat mengawal tahap kesihatan kita lebih awal.

“Sama ada sakit atau tidak, kita kena periksa badan kita, tengok ada penyakit atau tidak, dan sekiranya ada penyakit, tindakan seterusnya perlu diambil,” katanya. – Bernama

 UBAT KENCING MANIS

Kongsi maklumat tentang kencing manis di facebook anda

Saudara sekalian…terima kasih kerana mengunjungi blog kencingmanis.net untuk mendapatkan info tentang penyakit kencing manis. Saya akan berusaha untuk sentiasa berkongsi maklumat dengan anda apa juga info mengenai penyakit kencing manis dari semasa ke semasa. Masih banyak lagi pengetahuan tentang kencing manis yang perlu di kongsikan disini.

Kepada anda yang telah membaca blog ini dan berpendapat ianya memberi manfaat kepada anda, saya berharap anda dapat kongsikan blog ini di facebook anda dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin kita tidak boleh merawat mereka yang telah mengidap kencing manis tetapi sebagai alternatifnya perkongsian maklumat mengenai penyakit kencing manis dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada banyak pihak bukan sahaja kepada pesakit kencing manis tetapi juga kepada orang ramai khususnya di negara kita.

Saya harap anda dapat kongsikan blog ini dengan rakan rakan anda di facebook jika anda suka dengan blog ini. Anda hanya perlu klik button share di sebelah kanan untuk terus ke facebook anda.

UBAT KENCING MANIS

Faktor genetik dan usia pengaruhi diabetes

Di petik daripada Berita Harian

Oleh Hafizah Iszahanid

hafiza@nstp.com.my

TZD lengah, cegah kehilangan kawalan gula dalam darah penghidap

KES satu: Pelajar tingkatan dua, Sathyaseelan Vijayakumar, 14.

Remaja ini disahkan menghidap diabetes pada usia setahun setengah. Tahap gula dalam darahnya waktu itu turun naik. Dia kerap kencing dan demam. “Saya anak sulung daripada dua beradik dan tiada ahli keluarga menghidap diabetes, jadi ibu bapa tidak pasti keadaan saya hinggalah diberitahu doktor,” katanya.Pada usia tiga tahun, dia diberitahu mengenai penyakitnya dan diingatkan tidak mengambil makanan mengandungi gula secara berlebihan.

“Saya tahu memang tidak boleh sembuh tapi tidak ada masalah dengan itu kerana boleh mengawal gula dalam darah. Saya juga mengawal pemakanan. Saya tidak ambil gula-gula dan minuman berkarbonat terlalu banyak. Saya lebih banyak ambil protein dan serat. Berat badan juga stabil, sekarang berat saya 40 kilogram,” katanya.

Seperti remaja lain, Vijayakumar sukakan makanan segera tetapi katanya dia hanya menikmatinya sebulan sekali. Pada peringkat awal, ibu bapanya banyak membantu terutama ketika dia memerlukan suntikan insulin. Tapi kini, dia sudah boleh kendalikan sendiri.Viyakumar didiagnos dengan diabetes kerana pankreasnya rosak dan tidak boleh berfungsi. “Walaupun saya diabetes, saya tidak jadikan itu alasan untuk tidak bersukan. Saya suka bermain bola sepak, saya suka aktiviti lasak dan saya tahu boleh mengawal keadaan.

“Kawan-kawan dan guru tahu saya ada diabetes. Mereka tidak menyisihkan saya. Saya bercita-cita menjadi doktor kerana saya sudah melihat kepayahan dan merasai susah senang pesakit diabetes, saya hendak bantu orang lain mengharunginya.

“Saya tidak malu mengakui saya pesakit diabetes. Malah kerana penyakit ini, saya banyak mempunyai maklumat mengenai diabetes. Saya masih ingat ketika sekolah mengadakan pertandingan bola sepak antara sekolah, saya bertugas sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Ketika itu ada seorang pemain pengsan di tengah padang. Saya beri dia pertolongan cemas dan buat pemeriksaan paras gula dalam darahnya. Parasnya tinggi. Saya rasa dia diabetes dan mencadangkan pada guru supaya pemain itu menjalani pemeriksaan.

“Dia kemudian didiagnos dengan diabetes dan sekarang mendapatkan rawatan. Kalau gula dalam darah tinggi, saya boleh kena pelbagai komplikasi dan saya sentiasa bersikap positif dan berjaga-jaga,” katanya.

KES Dua – Guru, Nor Azmah Suhaila Abdul Malik, 36.

“Ketika diberitahu doktor saya penghidap diabetes, saya terfikir ini bukan penyakit orang muda. Diabetes penyakit emak atau bapa saya,” katanya.

Azmah yang didiagnos dengan diabetes sejak empat tahun lalu memang datang daripada keluarga yang menghadapi masalah yang sama. Bagaimanapun, dia tidak terfikir akan didiagnos dengan diabetes pada usia 32 tahun.

Beliau berkata, selama ini sudah banyak simptom diabetes yang dialaminya tetapi dia masih menafikannya.

“Saya selalu tertekan dan ‘mood’ saya berubah-ubah, tetapi saya selalu ingatkan pada diri, kerjaya seorang guru memang selalu tertekan, biasalah. “Hingga pada satu hari saya diserang masalah jangkitan yang teruk. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya diabetes.

“Saya terkejut dan tidak percaya. Saya masih menafikan kenyataan itu dan merasakan diabetes adalah penyakit orang tua. Ia penyakit emak atau bapa saya dan bukan saya.

“Saya ambil ubat tapi saya tidak tahu apa ubat itu dan saya tidak tahu banyak mengenai diabetes. Saya ambil ubat sebab doktor suruh,” katanya.

Walaupun tahu dia diabetes, Azmah tidak langsung menjaga pemakanannya. Dia menikmati semua jenis makanan dan makan sebanyak yang dia mahu. Padanya, kalau sakit bukankah ada ubat?

“Biasanya dua hari sebelum jumpa doktor, saya rebus pucuk betik dan minum. Bila pergi jumpa doktor, doktor kata saya bagus, jaga pemakanan.

“Doktor senang hati, saya pun senang hati. Bagaimanapun, selepas balik jumpa doktor, saya makan juga apa yang saya nak.. tidak jaga pemakanan,” katanya.

Azmah berkata, doktor yang merawatnya mencadangkan dia menyertai satu kempen diabetes bagi menguji sejenis ubat baru untuk pesakit diabetes jenis dua. Azmah dengan senang hati menyertainya.

“Sejak hari itu, saya mula mengenali diabetes. Diabetes boleh dikawal. Saya mahu lihat anak-anak saya membesar, bergraduan dan berkahwin. Melengahkan komplikasi diabetes bukan mustahil.

“Hari ini saya tidak lagi menafikan kenyataan itu dan saya bangga mengakui saya pesakit diabetes dan boleh mengawal penyakit itu,” katanya.

Diabetes sebabkan pelbagai komplikasi

ANDA tersilap jika percaya diabetes adalah masalah golongan berusia, tetapi anda tidak salah jika mengatakan diabetes penyakit yang sangat biasa dan selalu ‘underdiagnosed’. Pakar Perunding Kanan Endokrologi dan Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata diabetes akan menyebabkan pelbagai komplikasi dan memusnahkan salur darah.

“Tiada istilah diabetes lemah atau sederhana. Diabetes selalunya serius,” katanya.

Beliau berkata, jika dilihat dari segi faktor diabetes, ada tiga perkara yang tidak boleh diubah. Diabetes dipengaruhi faktor genetik, usia dan kumpulan etnik. Di Malaysia, orang India menduduki tangga pertama dari segi statistik pesakit, diikuti Melayu dan Cina.

“Bagaimanapun, di sebalik tiga faktor risiko diabetes yang tidak boleh diubah, dua faktor lagi boleh dikawal iaitu berat badan dan melakukan aktiviti fizikal. “Diabetes bukan saja soal makan banyak atau sikit. Diabetes adalah masalah pankreas dan apa yang boleh anda lakukan untuk mengawal kadar gula dalam darah. Sehingga kini tiada ubat boleh menyembuhkan tetapi ada ubat yang boleh melengahkan komplikasi,” katanya.

Diabetes adalah penyebab kematian yang keenam, menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Pada 2000, dianggarkan 154 juta orang yang berumur 20 tahun ke atas menghidap diabetes dan dijangka meningkat kepada 300 juta orang menjelang 2025.

Di Malaysia pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan antara 2000-2030 akan berlaku peningkatan 164 peratus pesakit diabetes. Andaian itu terbukti apabila pada 2000, jumlahnya adalah 0.94 juta manakala pada 2030 jumlahnya akan menjadi 2.48 juta jika tiada sebarang langkah dilakukan.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan 1986, sebanyak 6.3 peratus penduduk dewasa menderita diabetes jenis dua. Kajian yang sama 10 tahun kemudian mendapati, angka itu meningkat menjadi 8.2 peratus dewasa menderita diabetes dengan 95 peratus adalah diabetes jenis dua.

Peningkatan itu selari dengan angka pertumbuhan penduduk, penuaan, masalah obesiti dan sifat warga Malaysia yang malas bersenam.  “Diabetes di Malaysia semakin hari semakin meningkat pada kadar yang amat membimbangkan. Masyarakat harus sedar dan faham diabetes membawa komplikasi,” katanya.

Selain ubat-ubatan, diabetes boleh dirawat dengan amalan diet, senaman dan ejen anti diabetes oral untuk menurunkan paras gula darah kerana ia mengurangkan rintangan insulin dan mengurangkan kadar kehilangan fungsi sel beta (sel beta dan insulin berperanan penting dalam diabetes jenis dua).

Komplikasi Diabetes Tidak Terkawal

A) Kerosakan salur darah (vaskular dan mikrovaskular)

Komplikasi makrovaskular pula menyebabkan kerosakan salur darah yang besar dan menjadi faktor terjadinya masalah jantung, strok, penyakit vaskular periferal, gangren iaitu kerosakan atau kematian sebahagian tubuh kerana kekurangan atau tiada bekalan darah dan kaki terpaksa dipotong.

B) Buta atau diabetes retinopati

C) Neuropati atau kerosakan saraf

D) Mikroalbuminuria (kehadiran protein albumin dalam air kencing)

Apakah yang perlu anda tahu?

Hasil kajian mendapati sejenis ubat yang dikenali sebagai ‘thiazolidinedione’ (TZD) berupaya melengahkan dan mencegah kehilangan kawalan gula dalam darah secara beransur dan mengekalkan tahap gula dalam darah yang dikehendaki dalam tempoh yang lama.

Ubat itu bagaimanapun disasarkan untuk pesakit diabetes jenis dua. Kajian keberkesanan TZD itu membabitkan responden seramai 4,360 yang baru disahkan menghidap diabetes jenis dua.

Ia sudah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine dan dibentangkan dalam Kongres Diabetes Sedunia ke 19 Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), baru-baru ini.

“Ada bukti kukuh kawalan paras glukos dalam darah yang baik boleh mengurangkan risiko pesakit mengalami komplikasi dan penularan diabetes jenis dua secara ketara,” kata Pakar Perunding Kanan Endrokologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr SP Chan.

Mengikut kajian antarabangsa ADOPT (A Diabetes Outcome Progression Trial) rawatan awal dengan TZD mengurangkan 32 peratus risiko kegagalan monoterapi di kalangan pesakit diabetes jenis dua dalam lima tahun. TZD juga meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan kadar kehilangan fungsi sel beta secara ketara.

“Dapatan ini adalah hasil kajian jangka panjang yang mendapati kehilangan gula darah secara beransur boleh dilengahkan dan paras gula yang sepatutnya boleh dikekalkan untuk tempoh lebih lama dengan penggunaan TZD.

“Ia lebih baik berbanding ejen anti diabetes oral yang paling lazim disyorkan dalam preskripsi,” katanya.

Langkah mencegah kehilangan kawalan gula dalam darah secara beransur dan mengekalkan paras gula dalam darah yang dikehendaki untuk tempoh lebih lama amat penting dalam usaha pesakit diabetes di Malaysia meningkatkan pengurusan penyakit mereka.

UBAT KENCING MANIS

Ubat Kencing Manis – Ubati diabetes dengan ubat kencing manis

Pesakit kencing manis tidak lepas daripada untuk sentiasa memakan ubat kencing manis untuk mengawal penyakit tersebut daripada melarat atau memberikan kesan lebih buruk kepada tahap kesihatan yang sedia ada. Setiap hari pesakit kencing manis terpaksa menelan pelbagai pil dan bagi yang dah terlalu teruk terpaksa melakukan suntikan insulin sendiri di rumah. Sering kali juga kita melihat pesakit kencing manis di arahkan oleh doktor untuk mengambil ubat kencing manis secara berkala dan melakukan pemeriksaan kesihatan yang berjadual bagi memastikan tahap penyakit kencing manis mereka terkawal.

Bagi sesetengah pesakit kencing manis, ada di kalangan mereka percaya hanya dengan memakan ubat kencing manis yang di berikan oleh doktor dapat mengawal penyakit mereka dan tidak mahu langsung mencuba rawatan selain daripada kaedah tersebut. Sehinggakan sesetengahnya terpaksa memotong jari atau kaki mereka akibat telah berputus asa dan hanya mengambil jalan yang singkat serta tidak mahu mencuba kaedah rawatan selain daripada rawatan di hospital. Sedangkan banyak lagi kaedah rawatan alternatif untuk merawat kencing manis yang boleh di cuba.

Ubat Kencing Manis

Selain daripada perubatan moden untuk mengubat penyakit kencing manis, kaedah perubatan alternatif juga sangat-sangat berkesan dalam merawat penyakit kencing manis. Produk-produk seperti ubat kencing manis yang berasaskan herba yang di hasilkan melalui kaedah tradisional juga dewasa ini di lihat dapat membantu banyak pesakit kencing manis untuk sembuh dengan baik.

Malah terdapat sesetengah kes di mana kaki mereka yang telah di sahkan oleh pihak hospital supaya di potong, apabila menjalankan rawatan dengan pengambilan ubat kencing manis herba khusus untuk merawat kencing manis, hasilnya amat mengejutkan di mana kaki yang hendak di potong tadi telah dapat di sembuhkan dengan pengambilan ubatkencing manis tersebut.

Selain itu juga luka yang berlubang juga dapat di rawat dengan baik dengan hanya pengambilan ubat kencing manis yang berasaskan herba. Bekas luka yang selalunya terjadi di kaki dapat di tutup dengan baik dengan izin Alllah setelah mengamalkan ubat kencing manis yang berasakan herba. Dalam merawat penyakit kencing manis perlu di ingatkan kepada semua individu supaya mencuba pelbagai kaedah yang mana telah dapat di buktikan keberkesanannya dalam merawat penyakit kencing manis.

Tiada salahnya mencuba daripada menyerahkan keputusan untuk potong kaki sebagai jalan penyelesaiannya yang terakhir. Selain memakan ubat kencing manis untuk merawat penyakit diabetes faktor-faktor lain juga perlu di ambil kira untuk kesan yang lebih baik seperti pengawalan makanan, penjagaan kesihatan dan mencegah perkara-perkara yang dapat memburukkan lagi keadan penyakit tersebut.

UBAT KENCING MANIS