Prinsip 3: Belajar kaedah untuk mengawal kencing manis anda
Anda dan keluarga anda berhak mengetahui tentang kaedah pengawalan kencing manis anda daripada doktor atau pegawai perubatan.
Adakah anda aktif dalam pengawalan kencing manis anda?
Sila bertanya atau berbincang dengan penolong pegawai perubatan atau jurawat tentang :
- Pengetahuan yang tepat mengenai kencing manis dan pengawalannya
- Pertemuan dengan pakar-pakar lain seperti pakar perubatan, pakar pemakanan, pakar jantung dan pakar mata bagi membantu pengawalan kencing manis anda.
- Diet yang sihat untuk mengawal kencing manis
- Berkaitan dengan lawatan ke pusat sumber diabetes
- Jenis senaman yang perlu diamalkan
Belajar mengawal kencing manis dapat membantu anda hidup dengan sejahtera
Mainkan peranan yang aktif dalam mengawal kencing manis anda
Tanyalah doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat di mana anda boleh mempelajari lebih lanjut berkaitan dengan kencing manis dan kaedah pengawalannya.
Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia




