Kencing Manis | Penyakit Kencing Manis Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Mati tiba tiba selepas masuk hospital

Apabila berkaitan dengan mati, semua orang takut tetapi masih tidak sedar bahawa mereka terancam oleh pelbagai bahaya penyakit. Berapa banyak yang kita dengar kisah orang mati kerana penyakit itu dan penyakit ini, hampir setiap hari mungkin.

Pernah tak dengar cerita, tiba tiba masuk hospital dalam 3-4 hari terus meninggal dunia. Selama nie nampak macam sihat dan tiada apa apa penyakit. Makan kat rumah, tibai semua  langsung tiada pantang larang.  Hakikatnya ada pelbagai penyakit selepas masuk hospital. Masa tu dah tak boleh buat apa dah, semua penyakit ada, darah tinggi kencing manis, usus dan macam macam lagi.

Puncanya adalah takut untuk membuat pemeriksaan dengan doktor, takut ada penyakit. Tak nak fikir hari hari kedepan nak kena makan ubat dan berpantang. Malas nak dengar nasihat doktor dan orang sekeliling.

Itulah sikap kebanyakkan orang, tak mahu terima hakikat. Jangan takut untuk untuk cek dengan doktor taraf kesihatan masing masing. Kita perlukan mereka walaupun kita ada rawatan alternatif yang lain, sekurang kurangnya mereka lebih pakar dari kita dalam bidang yang kita tak tahu.

UBAT KENCING MANIS

7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 7

Prinsip 7: Dapatkan pemeriksaan dan rawatan komplikasi jangka panjang

Untuk pemeriksaan komplikasi kencing manis jangka panjang, anda perlu berjumpa doktor, penolong pegawai perubatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Dengan cara in, sebarang komplikasi boleh dicegah atau dikesan lebih awal dan rawatan yg khusus dapat dilakukan.

Tanya:

  • Doktor atau pegawai perubatan tentang kekerapan pemeriksaan kaki, pemeriksaaan mata dan juga buah pinggang
  • Ujian ujian lain yang perlu anda jalani seperti HbA1c, ujian air kencing dan pemeriksaan jantung

Jangan malu bertanya dan takut takut untuk berjumpa dengan doktor, kerana kita perlukan mereka untuk buat pemeriksaan daripada orang yang betul. Selalulah pergi berjumpa dengan mereka.

UBAT KENCING MANIS

7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 6

Prisnsip 6: Mengetahui dan mencegah Komplikasi/masalah kencing manis jangka panjang

Mengetaui dan merawat kencing manis pada peringkat awal boleh mencegah banyak penyakit. Pesakit kencing manis perlu mengawal gula darah bagi mengelak masalah seperti penyakit mata, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf, penyakit kardiovaskular(jantung) dan strok/angin ahmar.

Lakukan ujian di bawah secara berkala:

  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Ujian uin(air kencing)untuk protein
  • Ujian kolestrol
  • Ujian lipid (lemak) yang lain(tanya kepada doktor

Ingat, bagi mengawal kencing manis anda perlu mengamalkan juga perkara perkara berikut.

  • Pemakanan yang seimbang/sihat
  • Bersenam secara berkala
  • Pengambilan ubat ubatan seperti dinasihatkan doktor
  • pemeriksaan mata dan kaki secara berkala
  • bekerjasama dengan doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat dalam menjaga kencing manis anda.

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

UBAT KENCING MANIS

7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 5

Prinsip 5: Kawal gula darah anda

Anda perlu memeriksa paras gula darah anda sendiri di rumah bagi menilai pengawalan kencing manis anda.

Berbincanglah dengan doktor, penolong pegawai perubatan berkenaan dengan:

  • jenis ujian yang dijalankan
  • cara penggunaan alat yang betul
  • kekerapan pemeriksaan
  • keputusan gula darah anda

Ujian Heamoglobin A1c (HbA1c)

Ujian HbA1c akan dilakukan oleh doktor, ia mengukur purata pengawalan kencing manis anda 3 bulan yang lepas.

Tanya doktor keputusan ujian HbA1c yang lalu dan catatkan.

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

UBAT KENCING MANIS