Kencing Manis | Penyakit Kencing Manis Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Tag Archives: Kesan Gula

Apa itu Gula?

Kebanyakkan kita menggambarkan gula sebagai gula atau gula merah yang dijual dikedai sahaja. Gula juga terdapat dalam gula mentah, madu sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia gula boleh wujud dalam bentuk glukosa, sukrosa, dekstrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100% sukrosa.

Dimanakah terdapat gula?

1. Secara semulajadi

Gula wujud secara semulajadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan dan sayuran berkanji.

2. Secara tersembunyi

Gula yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan dirumah.Contohnya minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih muih tradisional.

Gula dan kesihatan kita.

Gula terhasil daripada proses pemecahan makanan berkarbohidrat didalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.

2 masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan

1. Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

2. Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).

Berapa banyakkah gula yang perlu kita ambil setiap hari?

Secara purata, setiap rakyat Malaysia mengambil 24 sudu teh (120 gram) gula sehari termasuk gula tersembunyi. Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk gula yang ditambah atau tersembunyi. Pengambilan yang berlebihan ini adalah sangat tidak diperlukan oleh badan kita dan selaras dengan masalah ekonomi sekarang ini maka adalah sangat tidak wajar kita mengurangkan pengambilan gula mengikut keperluan badan sahaja.

Panduan mengurangkan pengambilan gula.

1. Kurangkan memakan makanan yang manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih dan bijirin bersira.

2. Lebihkan meminum air kosong. Kurangkan pengambilan minuman manis/bergas.

3. Kurangkan gula dalam resepi anda. Contohnya kandungan gula dalam resepi kek boleh dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa dan kualitinya.

4. Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau mempunyai label “Tanpa gula tambahan”

5. Makan buah-buahn segar sebagai pencuci mulut. Sekiranya membeli buah-buahan dalam tin, pilih yang menggunakan air atau jus semulajadi. Elakkan buah-buahan yang ditinkan dalam sirap pekat.

UBAT KENCING MANIS

Incoming search terms:

  • APA ITU GULA
  • apa itu kencing manis
  • apa itu sukrosa
  • kurangkan kencing manis
  • kurangkan gula dalam darah
  • apa itu penyakit diabetes
  • kesan gula
  • kesan makanan manis
  • sukrosa itu apa
  • apa itu kencing manis?