Kencing Manis | Penyakit Kencing Manis Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Tag Archives: Maksud Kencing Manis

Penyakit Kencing Manis

Penyakit Kencing manis atau Diabetes Melitus adalah keadaan di mana badan kita tidak dapat mengawal paras gula dalam darah (glukosa) dalam keadaan normal (3-8 mmol/liter).

Penyakit kencing manis adalah penyakit yang di hidapi oleh kebanyakkan manusia di dunia ini…kenapa??? sebab punca penyakit kencing manis ialah gula. Sebab semua orang akan makan gula, sebab itu penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang banyak di hidapi oleh manusia. Sehingga hari ini, di katakan juga penyakit kencing manis tidak boleh sembuh terus tetapi ianya cuma boleh di kawal daripada terus menjadi teruk dengan mengawal tahap gula dalam darah. Harap harap akan ada¬†ubat kencing manis yang dapat menyembuhkan terus penyakit tersebut selepas ini.

Penyakit kencing manis amat merbahaya kepada manusia kerana ianya akan menyebabkan kesan teruk hingga ke akhir hayat. Jika terkena penyakit kencing manis ini, maka kita perlu sentiasa mengawal pemakanan harian dan juga sentiasa kerap untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaaan susulan.

Kesan penyakit kencing manis kepada manusia bukan sahaja kita akan mendapat penyakit kencing manis, tetapi juga kita berisiko untuk mendapat penyakit lain akibat daripada mengidap penyakit kencing manis. Penyakit-penyakit lain yang boleh berlaku akibat daripada mengidap penyakit kencing manis antaranya ialah komplikasi buah pinggang, mati pucuk, penglihatan terjejas dan boleh sebabkan buta, penyakit gangren, dan banyak lagi penyakit-penyakit sekunder yang boleh berlaku kepada sesiapa yang mengidap penyakit kencing manis. Nampak tak kesannya, amat menakutkan. Hanya dengan satu penyakit boleh merebak kepada macam-macam penyakit.

Pengawalan makanan amat perlu kepada pengidap penyakit kencing manis kerana pesakit kencing manis tidak boleh makan makanan yang mengandungi gula berlebihan. Contohnya kuih muih tradisional yang banyak sangat mengandungi gula apatah lagi minuman berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang berlebihan. Selain itu juga jika mengidap penyakit kencing manis, kuantiti makanan yang perlu di ambil juga perlu di hadkan seperti pengambilan nasi yang berlebihan juga tidak di galakkan. Untuk diet bagi penyakit kencing manis jalan yang terbaik ialah hindarkan pengambilan gula yang banyak. Sebagai contoh mudah, air minuman harian yang terbaik ialah air kosong tidak perlu bancuh air sarsi atau air kordial yang lain.

Kepada sesiapa yang mengidap penyakit kencing manis harap bersabar dan sentiasa berusaha untuk mengubatinya. Sentiasalah bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan anda.

UBAT KENCING MANIS

Incoming search terms:

  • maksud diabetes
  • definisi kencing manis
  • maksud kencing manis
  • definisi diabetes
  • info kencing manis
  • info penyakit kencing manis
  • maksud penyakit kencing manis
  • apakah penyakit kencing manis
  • maksud diabetis
  • adakah kencing manis boleh sembuh