Kencing Manis | Penyakit Kencing Manis Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Kencing Manis atau juga di kenali sebagai Diabetes

 

 

Tag Archives: Tanda Tanda Penyakit Kencing Manis

7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 3

Prinsip 3: Belajar kaedah untuk mengawal kencing manis anda

Anda dan keluarga anda berhak mengetahui tentang kaedah pengawalan kencing manis anda daripada doktor  atau pegawai perubatan.

Adakah anda aktif dalam pengawalan kencing manis anda?

Sila bertanya atau berbincang dengan penolong pegawai perubatan atau jurawat tentang :

  • Pengetahuan yang tepat mengenai kencing manis dan pengawalannya
  • Pertemuan dengan pakar-pakar lain seperti pakar perubatan, pakar pemakanan, pakar jantung dan pakar mata bagi membantu pengawalan kencing manis anda.
  • Diet yang sihat untuk mengawal kencing manis
  • Berkaitan dengan lawatan ke pusat sumber diabetes
  • Jenis senaman yang perlu diamalkan

Belajar mengawal kencing manis dapat membantu anda hidup dengan sejahtera

Mainkan peranan yang aktif dalam mengawal kencing manis anda

Tanyalah doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat di mana anda boleh mempelajari lebih lanjut berkaitan dengan kencing manis dan kaedah pengawalannya.

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

UBAT KENCING MANIS

Incoming search terms:

  • kesan-kesan penyakit diabetis
  • nota kencing manis faktor kencing manis

7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 2

Prinsip 2: Dapatkan pemeriksaan berkala bagi kencing manis anda

Individu yang mengidap kencing manis perlu:

  • Selalu mendapatkan penjagaan yang berkualiti tinggi
  • Bekerjasama dengan doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat untuk membuat perubahan pada pelan rawatan anda jika perlu
  • Berjumpa doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat secara berkala
  • Mendapatkan rawatan yang diperlukan
  • Mendapatkan sokongan dari pada ahli keluarga, rakan dan anggota kesihatan

Anda berhak mendapatkan rawatan terbaik bagi membantu mengawal kencing manis anda.

  • Tanya doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat kekerapan pemeriksaan kencing manis anda.
  • Catatkan tarikh dan masa rawatan anda yang akan datang
  • Buat senarai perkara-perkara yang ingin anda tanya kepada doktor untuk rawatan akan datang

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

UBAT KENCING MANIS

7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 1

Prinsip 1- Ketahui jenis kencing manis anda

Jika anda mendapat kencing manis, adalah penting mengetahui jenis atau tahap kencing manis anda. Jika tidak tahu, semak dengan doktor anda.

Kencing manis jenis 1 (DM1)

Kencing manis jenis ini perlu mengambil suntikan insulin setiap hari dan tidak boleh di rawat dengan ubat-ubat jenis pil.

Kencing manis jenis 2 (DM2)

Selalunya dapat dikawal melalui pemakanan dan senaman, tetapi kadangkala memerlukan pil ubat ubatan kencing manis atau insulin.

Sesetengah individu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis. Faktor risiko mendapat kencing manis adalah:

  • berumur lebih daripda 35 tahun
  • lebih berat badan atau obesiti, gemuk
  • Kencing manis dikalangan ahli keluarga seperti ibu, bapa atau adik beradik
  • Mempunyai kencing manis semasa hamil
  • Tidak aktif secara fizikal

NOTA

Ketahui jenis kencing manis anda sama ada jenis 1 atau 2

Jika anda mengetahui seseorang yang berisiko tinggi mendapat kencing manis, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan ya.

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

UBAT KENCING MANIS

Kenapa perlu kawal kencing manis

Kenapa perlu kawal kencing manis?. Penawalan kencing manis adalah penting kerana, kencing manis yang terkawal dapat mengurangkan risiko berikut, antaranya ialah:

  • Penyakit mata yang berkaitan dengan kencing manis yang boleh membawa kepada kebutaan
  • Kegagalan buah pinggang
  • Penyakit kardiovaskular (Jantung)
  • Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kehilangan deria rasa atau sakita pada jejari, tangan, kaki atau lain lain bahagian badan
  • Strok/angin ahmar

Penyakit yang tersenarai di atas adalah penyakit yang paling menakutkan dalam kehidupan ini. Hindarilah dengan menjalankan gaya hidup yang sihat dan makan makanan yang berkhasiat..jom cegah kencing manis.

UBAT KENCING MANIS

Incoming search terms:

  • kenapa kencing manis