7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 1

0
565

Prinsip 1- Ketahui jenis kencing manis anda

Jika anda mendapat kencing manis, adalah penting mengetahui jenis atau tahap kencing manis anda. Jika tidak tahu, semak dengan doktor anda.

Kencing manis jenis 1 (DM1)

Kencing manis jenis ini perlu mengambil suntikan insulin setiap hari dan tidak boleh di rawat dengan ubat-ubat jenis pil.

Kencing manis jenis 2 (DM2)

Selalunya dapat dikawal melalui pemakanan dan senaman, tetapi kadangkala memerlukan pil ubat ubatan kencing manis atau insulin.

Sesetengah individu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis. Faktor risiko mendapat kencing manis adalah:

berumur lebih daripda 35 tahun
lebih berat badan atau obesiti, gemuk
Kencing manis dikalangan ahli keluarga seperti ibu, bapa atau adik beradik
Mempunyai kencing manis semasa hamil
Tidak aktif secara fizikal
NOTA

Ketahui jenis kencing manis anda sama ada jenis 1 atau 2

Jika anda mengetahui seseorang yang berisiko tinggi mendapat kencing manis, nasihatkan mereka untuk mendapatkan pemeriksaan ya.

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here