7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 2

0
575

Prinsip 2: Dapatkan pemeriksaan berkala bagi kencing manis anda

Individu yang mengidap kencing manis perlu:

Selalu mendapatkan penjagaan yang berkualiti tinggi
Bekerjasama dengan doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat untuk membuat perubahan pada pelan rawatan anda jika perlu
Berjumpa doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat secara berkala
Mendapatkan rawatan yang diperlukan
Mendapatkan sokongan dari pada ahli keluarga, rakan dan anggota kesihatan
Anda berhak mendapatkan rawatan terbaik bagi membantu mengawal kencing manis anda.

Tanya doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat kekerapan pemeriksaan kencing manis anda.
Catatkan tarikh dan masa rawatan anda yang akan datang
Buat senarai perkara-perkara yang ingin anda tanya kepada doktor untuk rawatan akan datang
Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here