7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 5

0
654

Prinsip 5: Kawal gula darah anda

Anda perlu memeriksa paras gula darah anda sendiri di rumah bagi menilai pengawalan kencing manis anda.

Berbincanglah dengan doktor, penolong pegawai perubatan berkenaan dengan:

jenis ujian yang dijalankan
cara penggunaan alat yang betul
kekerapan pemeriksaan
keputusan gula darah anda
Ujian Heamoglobin A1c (HbA1c)

Ujian HbA1c akan dilakukan oleh doktor, ia mengukur purata pengawalan kencing manis anda 3 bulan yang lepas.

Tanya doktor keputusan ujian HbA1c yang lalu dan catatkan.

Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here