7 prinsip mengawal kencing manis – Prinsip 6

0
643

Prinsip 6: Mengetahui dan mencegah Komplikasi/masalah kencing manis jangka panjang

Mengetaui dan merawat kencing manis pada peringkat awal boleh mencegah banyak penyakit. Pesakit kencing manis perlu mengawal gula darah bagi mengelak masalah seperti penyakit mata, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf, penyakit kardiovaskular(jantung) dan strok/angin ahmar.

Lakukan ujian di bawah secara berkala:

Pemeriksaan tekanan darah
Ujian uin(air kencing)untuk protein
Ujian kolestrol
Ujian lipid (lemak) yang lain(tanya kepada doktor
Ingat, bagi mengawal kencing manis anda perlu mengamalkan juga perkara perkara berikut.

Pemakanan yang seimbang/sihat
Bersenam secara berkala
Pengambilan ubat ubatan seperti dinasihatkan doktor
pemeriksaan mata dan kaki secara berkala
bekerjasama dengan doktor, penolong pegawai perubatan atau jururawat dalam menjaga kencing manis anda.
Sumber: Diabetes info siri 4 Disember 2008 Keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here