Cara dan Rawatan Angin Ahmar

0
528

Strok dan angin ahmar terjadi apabila berlakunya serangan strok. Otak merupakan pusat saraf tubuh yang utama untuk mengawal setiap perbuatan atau fikiran dan mengawal pernafasan dan percernaan. Serangan otak berlaku apabila aliran darah ke kawasan otak terjejas. Apabila ianya berlaku, sel otak akan hilang oksigen dan ia akan mati. Apabila sel otak mati, keupayaan mengawal di kawasan otak seperti memori akan mula hilang. Maka dari itu, rawatan angin ahmar diperlukan segera untuk mengelak dan mencegah penyakit ini.

Oksigen dan nutrient amat penting untuk otak agar bekalan darah berterusan berfungsi dengan baik. Seandainya saluran darah otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel otak akan berkurangan oksigen dan nutrient. Sebahagian otak akan mula mati dan pesakit akan mengalami angin ahmar. Punca dari kerosakan otak akan menjejaskan deria pesakit, pemikiran dan ingatan pesakit. Sebelah tubuh pesakit akan mula lumpuh, corak pemikiran akan berubah. Ini terjadi secara pantas.

Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu atau berkurangan. Hal ini terjadi kerana oksigen dan nutrient dihancurkan oleh bekalan darah yang terganggu dan menyebabkan sel otak pesakit mati. Angin ahmar disebabkan arteri yang tersekat atau bocor dan pecahnya salur darah iaitu strok hemoragik. Sesetengah orang mungkin mengalami gangguan sementara aliran darah ke otak yang disebut serangan iskemia sementara. Disini perlu ada 3 jenis angin ahmar yang perlu diketahui. Antara adalah Strok Iskemia, Strok Hemoragik, dan Serangan Iskemia Sementara.

1. Lebih kurang 85peratus pesakit menghidap penyakit angin ahmar. Punca iskemia terjadi apabila arteri ke otak menjadi sempit atau disekat yang menyebabkan aliran darah teruk. Punca iskemia yang biasa termasuklah Strok Trombotik dan Strok Embolik.

• Strok Trombotik terjadi apabila pembekuan darah membentuk salah satu arteri yang membekalkan darah ke otak pesakit. Bekuan darah disebabkan oleh lemak atau disebut plak yang membina arteri dan menyebabkan aliran darah berkurangan.

• Strok Embolik berlaku apabila darah beku terbentuk dari otak pesakit. Kebiasanya berasa di dalam hati pesakit dan akan merebak melalui aliran darah pesakit.Ini akan menyebabkan ia tersumbat dalam arteri otak yang sempit. Jenis bekuan darah ini di panggil embolus.

2. Strok hemoragik berlaku apabila saluran darah bocor pada bahagian otak atau pecah. Pendarahan otak boleh mengakibatkan banyak keadaan yang menjejaskan saluran darah pesakit, termasuk tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dan bintik-bintik hitam pada dinding saluran darah. Penyebab pendarahan yang kurang ialah malformasi arteriovenous yang datang pada saat kelahiran.

• Pendarahan intraserebrum adalah saluran darah di otak yang akan pecah dan tumpah ke dalam tisu otak sekelilingnya. Sel otak di bahagian luar akan berlakunya kebocoran dan berlaku kerosakan. Tekanan darah tinggi, penggunaan ubat penipisan darah juga boleh menyebabkan pendarahan intraserebrum.

• Pendarahan subaraknoid yang berhampiran permukaan otak pesakit akan pecah dan tumpah ke seluruh ruang permukaan otak dan tengkorak pesakit. Pendarahan akan sering dirasai oleh pesakit apabila sakit kepala secara tiba-tiba. Selepas berlakunya pendarahan, salur darah otak akan melebar dan menyempit secara tidak tentu dan akan menyebabkan kerosakan sel otak dengan mengehadkan aliran darah.

3. Serangan iskemia ini dikenali sebagai ministroke. Ia adalah satu tempoh yang singkat dan mempunyai gejala yang sama dengan angin ahmar. Pengurangan bekalan darah ke bahagian otak sementara menyebabkan TIA yang berlansung lebih kurang lima minit. Strok iskemia berlaku apabila bekuan atau serpihan menghalang aliran darah ke bahagian otak pesakit.

• TIA tidak meninggalkan tanda yang berkekalan kerana penyumbatan itu bersifat sementara. Harus mendapatkan penjagaan rapi segera agar gejala pesakit kelihatan kurang jelas. Memiliki TIA adalah risiko yang lebih besar untuk mengalami angin ahmar yang sebenar.

Oleh disebabkan strok iskemia dan hemoragik mempunyai sebab yang berbeza, kedua-dua juga memerlukan rawatan angin ahmar yang berbeza. Ia bukan sahaja penting, jenis angin ahmar didiagnosis dengan cepat dan dapat mengurangkan kerosakan yang dilakukan kepada otak tetapi kerana rawatan yang sesuai untuk jenis strok mungkin berbahaya apabila merawat dengan jenis rawatan yang berbeza.

Kesan daripada penyakit angin ahmar ini yang mengubah kehidupan seseorang seperti menjejaskan fizikal dan emosi. Pemulihan yang berjaya selalunya melibatkan terapi dan sokongan tertentu antaranya:

• Sokongan dan dorongan dari keluarga dan rakan-rakan amat penting untuk pesakit. Berkongsi masalah dengan keluarga dan rakan untuk membantu adalah sangat penting. Pemulihan adalah sebahagian dari rawatan angina ahmar yang penting dan berterusan. Dengan bantuan dan sokongan dapat membantu mengembalikan semula semangat pesakit angina ahmar. Harus juga bijak dalam memilih rawatan dalam mencegah angin ahmar agar dapat menjamin kesihatan untuk masa akan datang.

• Kumpulan sokongan juga membantu masalah kesihatan mental seperti kemurungan yang berlaku selepas angin ahmar. Ramai yang mendapati ia berguna untuk berkongsi pengalaman dan bertukar maklumat bersama untuk rawatan angin ahmar ini.

• Terapi pertuturan membantu dari segi memahami ucapan. Reaksi dan gaya komunikasi berubah dapat membantu pesakit.

• Terapi fizikal dapat membantu seseorang untuk belajar semula pergerakan. Amat penting untuk terus aktif walaupun ianya agak sukar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here