Cara kawal penyakit kencing manis

0
1272

Dipetik dari Kosmo Online 11/04/2011

KUALA LUMPUR 11 April – Bekas menteri kabinet, Tan Sri Zaleha Ismail adalah penghidap kencing manis tetapi beliau berjaya mengawal penyakit itu dengan menjalani senaman setiap hari.

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu berkata, dengan bersenam, seseorang itu akan berpeluh dan ini akan menurunkan tahap gula dalam darahnya.

“Ini menunjukkan senaman ringkas sangat penting walaupun hanya 30 minit,” katanya semasa berucap pada satu ceramah mengenai penjagaan kesihatan di sini hari ini.

Zaleha, 75, yang juga Presiden Yayasan Suara Wanita, menasihatkan orang ramai supaya menjadikan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai satu rutin bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa baik.

“Pemeriksaan ini penting supaya kita tahu tentang keadaan badan kita dan dapat mengawal tahap kesihatan kita lebih awal.

“Sama ada sakit atau tidak, kita kena periksa badan kita, tengok ada penyakit atau tidak, dan sekiranya ada penyakit, tindakan seterusnya perlu diambil,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here