Cuka Epal Makanan Untuk Pesakit Kencing Manis

0
1209

Di majlis perkahwinan, hidangan nasi minyak tidak lengkap tanpa jelatah. Jelatah adalah sejenis lauk yang terdiri daripada timun, cili merah, nenas, sedikit garam dan gula. Sesetengah orang menyediakan jelatah dengan mencampurkan sedikit cuka. Jelatah membantu menghadamkan protein, ia berlaku kerana kehadiran nenas dan cuka. Ini kerana cuka menjadikan makanan pesakit kencing manis membantu memperlahankan pelepasan glukos darah secara mendadak selepas seseorang makan makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Jelatah jarang menjadi sebahagian daripada makanan dan hidangan. Sesetengah orang mengantikannya degan pejari nenas yang mana kesannya tidak lagi serupa nenas yang tidak dimasak.

Cuka berbeza daripada cuka getah berdasarkan struktur kimianya. Cuka getah adalah acid formic di mana struktur kimianya terdiri daripada satu karbon manakala cuka makan ialah asid asetik yang terdiri daripada dua atom karbon. Kepekatan yang serupa, pengambilan asid formic sangat bersifat toksik pada kesihatan manakala asid asetik menyumbang pelbagai kebaikan.

Cuka makanan terdapat dalam pasaran ialah cuka yang dihasilkan di kilang dan mendapat nama cuka tiruan. Ia digunakan secara meluas dalam perusahan makanan termasuklah dalam penyediaan pelbagai jenis sos.

Terdapat pelbagai jenis cuka buah-buahan yang diperbuat daripada anggur, plum dan apel yang di jual di hypermarket terkemuka. Yang paling terkenal adalah cuka epal yang diperbuat daripada pemeraman perahan air epal. Disini terdapat dua jenis cuka epal yang biasa digunakan di dalam masakan iaiatu yang bertapis dan tidak bertapis. Cuka epal bertapis berwarna jenih manakala yang tidak bertapis mengandungi mendapan.

Cuka epal digunakan secara terapeutik antara lain untuk meredakan tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolesterol dan lemak, mencairkan darah, membantu penghadaman, memecahkan batu karang, melarutkan batu hempedu, dan menurunkan paras glukos darah.

Selepas berpuasa dalam tempoh yang pendek, diarah mengambil sejenis minuman yang mengandungi 10 gm cuka epal yang telah dilarutkan dalam air dan ditambah gula atau minuman plasebo. Dua minit kemudian, setiap subjek mengambil makanan yang mengandungi sejenis bagel putih dengan lepa susu dan segelas jus oren. Makanan tersebut terdiri dari lebih kurang 90 gm karbohidrat.

Cuka yang paling sesuai digunakan untuk menurunkan paras gula ialah cuka epal. Beli cuka epal yang mempunyai mendapan di mana mendapan tersebut sebenarnya ialah serat epal yang mengandungi pectin. Cuka epal kaya dengan beberapa jenis mineral termasuk kalium dan magnesium.

Cuka nipah digunakan oleh orang pantai timur untuk meredakan tekanan darah tinggi dan paras glukos tinggi. Cuka yang dijual dalam botol-botol kaca ini dipercayai tidak konsisten dari segi kepekatan.

Tidak semua orang sesuai mengambil cuka dan cuka epal. Mereka yang mengalami gastritis, ulser peptic dan paras asid perut yang tinggi biasanya mengalami tindak balas apabila mengambil cuka epal.

Selalunya, pembuangan air besar akan menjadi terlalu lawas atau mengalami cirit-birit pada minggu pertama ketika memulakan pengambilan cuka epal. Kepada yang tidak mengalami sebarang tindak balas, gejala tersebut beransur-ansur berkurangan selepas seminggu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here