Kesan Penyakit Diabetes Akibat Insulin Berlebihan

0
1023

Insulin adalah bahan yang membantu anabolisme. Ia berperanan membantu membina bahan kimia kompleks yang contohnya protein. Sesetengah ahli sukan menyuntik diri dengan insulin bertujuan untuk membantu meningkatkan protein dan membina otot-otot dan pesakit diabetes untuk mengelak kesan penyakit diabetes.

Insulin membantu membawa glukosa menuju ke sel dan membantu menyimpan magnesium. Kekebalan insulin berlaku hanya sekadar penyimpanan magnesium oleh sel menjadi berkurangan.

Paras magnesium didapati tinggi di dalam sel berbanding kawasan di luar sel kerana kandungan kalsiumnya lebih tinggi dari magnesium. Apabila seseorang mengalami hyerinsulinemia, kalsium masuk ke dalam sel manakala magnesium keluar dari sel dan dibuang melalui air kencing.

Kalsium dan magnesium membantu mekanisme mengembang dan mengecutkan saluran darah. Kekurangan magnesium dalam sel dan kemasukan kalsium daripada luar sel mengakibatkan ia mengalami tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tubuh memerlukan tenaga yang tinggi. Magnesium bekerjasama dengan ATP dalam penjanaan tenaga. ATP memerlukan magnesium untuk melepaskan tenaga manakala ADP memerlukan magnesium untuk menyimpan tenaga.

Kekebalan insulin akan menyebabkan sel menerima glukos kurang daripada paras normal. Faktor ini menjadikan seseorang mengalami hyperinsulinemia kekurangan tenaga.

Kekurangan magnesium dan tekanan darah tinggi akan menyebabkan seseorang mengalami kekurangan tenaga yan ketara. Fenomena ini dipercayai salah satu faktor mengapa seseorang yang mengalami hyperinsulinemia mengalami kelesuan.

Magnesium diperlukan ole pancreas untuk membina insulin untuk tindak balas insulin. Hyperinsulinemia berpanjangan menjadikan paras magnesium semakin berkurangan. Ia merupakan satu faktor keletihan pancreas dan menyebabkan perembesan insulin menjadi rendah.

Kesensitifan insulin dipercayai bermula sejak ovum dan sperma mengalami proses persenyawaan. Seseorang mengandungkan janin perempuan, apabila bayi lahir akan mengalami kekebalan insulin yang teruk berbanding bayi lelaki.

Antara Faktor Yang Menyumbang Pada Kekurangan Magnesium:

• Vegetarian yang mengambil suplemen kalsium tanpa digandingkan dengan magnesium
• Kesan ini bertambah jika ibu mengandung mengalami diabetes
• Pengamal sayur-sayuran tanpa atau kurang lemak. Lemak diperlukan oleh usus untuk menyerap mineral termasuk magnesium
• Mengamalkan ubat-ubatan moden secara berpanjangan. Contohnya ubat-ubatan kategori diuretic (melancarkan pembuangan air kecil) dan ubat-ubatan untuk kardiovaskular
• Mengambil alkohol dan minuman berkafein secara berpanjangan
• Mengamalkan makanan terproses dan makanan ringan

Faktor yang menyumbang pada peningkatan magnesium dalam sel:

• Estrogen dikatakan dapat meningkatkan paras magnesium dalam darah. Paras estrogen boleh diperbaiki dengan meng-amalkan gaya hidup holistik termasuk memperbetulkan corak pemakanan dan pengambilan suplemen serta herba yang sesuai.
• Insulin like growth factor (IgF) ialah sejenis hormon yang dirembeskan oleh hati. Ia berperanan untuk membantu percambahan dan kematian sel. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi paras IgF termasuk jenis gen, umur, jantina, pergerakan fizikal, paras stres, keseimbangan nutrien, berat badan, penyakit, ubat-ubatan dan paras estrogen
• Mengambil makanan yang mengandungi magnesium contohnya sayur-sayuran hijau dan kacang soya
• Tubuh mengandungi paras vitamin D yang mencukupi
• Pengamilan Extra Peria

Hyperinsulinemia menyebabkan kegagalan jantung dengan beberapa jenis mekanisme. Ia berpunca daripada hyperinsulinemia berpanjangan yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi menyebabkan otot jantung terpaksa mengepam dengan lebih pantas dan memerlukan tenaga yang lebih daripada keadaan normal.

Kekurangan magnesium akan memburukkan lagi keadaan. Ia bukan sahaja menyebabkan otot jantung kekurangan tenaga, malah akan menyebabkan otot dan arteri jantung mengalami keradangan. Apabila otot membengkak, tidak mustahil arteri juga akan mengalaminya.

Masalah akan menjadi semakin bertambah jika arteri jantung tersumbat oleh atherosclerosis. Jika keadaan jadi semakin buruk, otot jantung tidak boleh bertahan ia akan berhenti mengepam darah.

Paras insulin sentiasa tinggi mempunyai kaitan dengan peningkatan paras hormone cortisol dalam darah. Hormon cortisol dibina dari dormon precursor yang dikenali sebagai pregnenolone.

Disebabkan pregnenolone adalah hormon precursor pada pembinaan hormone DHEA, peningkatan paras cortisol mengakibatkan penurunan kadar pembinaan DHEA. Oleh disebabkan hormone-hormon lelaki dan wanita iaitu androgen dan estrogen dibina daripada DHEA, maka paras insulin akan sentiasa tinggi dan menyebabkan kekurangan perembesan kedua jenis hormone tersebut.

Kekurangan perembesan hormone androgen menyebabkan seseorang mengalami kehilangan otot. Otot di bahagian punggung yang menjadi salah satu ciri penting seorang lelaki. Jadi tidak hairanlah, ramai lelaki yang mengalami kemerosotan punggung mereka memasuki umur 0-an. Gejala tersebut semakin ketara pada seseorang yang kerap mengalami stress atau hyperinsulinemia yang berpanjangan.

Bincang dengan doktor jika dibekalkan kalsium. Kekurangan magnesium menyebabkan kalsium tidak dapat diserapoleh tulang secara sempurna. Kalsium berlebihan akan menyebabkan ia berkumpul dalam tubuh di dalam arteri. Keadaan ini boleh menyebabkan pembentukan batu karan dan kerosakkan buah pinggang.

Paras insulin yang tinggi secara berpanjangan menyumbang pada pertambahan bilangan prostaglandin yang dikenali sebagai prostaglandin 2. Paras PGE2 akan menyebabkan peningkatan paras cytokines iaitu kimia keradangan dan pembentukan radikal bebas. Ini akan menyumbangkan pada pelbagai jenis penyakit autoimmune serta menyebabkan komponen sel akan mengalami proses kerosakan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami penuaan lebih awal dan terdedah dengan pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here