Mengawal Kencing Manis Dengan Betul

0
1330

Diabetes atau penyakit kencing manis merupakan sejenis penyakit yang dicirikan dalam keadaan hiperglisemia iaitu kandungan glukosa dalam darah selepas pengambilan makanan dan cara mengawal kencing manis.

Berlakunya kencing manis apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan melebihi paras normal. Insulin adalah sejenis hormone yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila makan dan minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin. Fungsi insulin membenarkan gula yang dipecahkan dalam bentuuk ringkas ke dalam darah berpindah ke sel untuk membolehkan sel fungsi.

ANTARA TANDA-TANDA AWAL KENCING MANIS
• Sentiasa lapar
• Sentiasa haus dan dahaga
• Kerap membuang air kecil
• Berat badan yang menurun
• Pandangan menjadi semakin kabur
• Merasa penat dan sakit kaki

ANTARA PENYAKIT LAIN KENCING MANIS YANG BERLARUTAN
• Koma atau Tidak Sedarkan Diri
• Penyakit Buah Pinggang
• Tekanan Darah Tinggi
• Angin Ahmar (Stroke)
• Serangan Jantung

Penyakit kencing manis merupakan penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis adalah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Mengawal kencing manis termasuklah dari segi permakanan, penjagaan berat badan dan senaman serta ubat-ubatan.

Untuk pesakit kencing manis, harus tahu tentang mengawal kencing manis dengan permakanan yang seimbang. Pesakit tidak perlu membeli makanan diabetes kerana makanan itu mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Disini terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya permakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, amat penting untuk mengingat bahawa permakanan yang sihat adalah kunci kepada diet seseorang pesakit kencing manis.

50% pesakit kencing manis dengan diabetes jenis 2 mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Amat penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit akan lebih sihat.

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Antaranya:

• Cirit-birit
• Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
• Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes.
• Masa makan yang tidak tetap.
• Makan terlalu sedikit.

Rawatan seperti pengambilan gula dalam bentuk tablet, gula-gula atau minuman manis melalui mulut. Masa pemulihan biasanya amat cepat. Walau bagaimana pun, simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here