Pengambilan Dan Pengurusan Ubat Diabetes

0
464

Seorang keperluan pesakit diabetes adalah sedikit berbeza dengan yang bukan penghidap diabetes. Kehidupan dan keperluan yang berbeza ini akan menyebabkan pesakit perlu Iebih peka terhadap tahap kesihatan diri sendiri. Orang yang sihat tidak memerlukan ubat untuk menjaga kesihatannya. Seorang pesakit diabetes memerlukan ubat diabetes untuk mengawal gula darah dan penyakit yang dihadapi. Walaupun telah mengamalkan gaya hidup yang sihat, pesakit masih memerlukan ubat-ubatan untuk memastikan tahap kesihatannya di tahap yang optimum. Amalan penjagaan diri sahaja tanpa panduan memakan atau menyuntik ubat sudah mencukupi untuk penyakit diabetes adalah tidak benar. Pesakit memerlukan kedua-dua elemen tersebut untuk mendapatkan hidup yang berkualiti. Oleh itu, amalan penjagaan hidup yang sihat serta pengambilan ubatan diabetes secara berdisiplin dalam diari pesakit diabetes.

Setiap pesakit diabetes harus sedar bahawa penyakit yang dihadapi sukar untuk disembuhkan. Namun demikian, penyakit ini masih boleh dikawal jika pesakit berusaha untuk mengamalkan gaya hidup dan amalan penjagaan diri yang optimum. Antara usaha tersebut termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut arahan yang ditetapkan, sentiasa bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, mengamalkan pemakanan yang sihat berpandukan piramid makanan, menjauhi rokok dan arak serta menjaga kebersihan diri.

Sekiranya, penghidap diabetes gagal untuk mengamalkan amalan penjagaan diri, mereka akan mudah mendapat komplikasi diabetes seperti rabun, gangren dan hipoglisemia. Komplikasi diabetes ini boleh dicegah jika pesakit mengamalkan amalan penjagaan diri yang berterusan.

ANTARA JENIS UBATAN UNTUK PESAKIT DIABETES

1.Kelebihan mengambil suntikan insulin kerana ubat ini memberikan kesan yang cepat dalam proses menurunkan paras glukosa dalam darah pesakit. Selain itu, terdapat jenis suntikan insulin yang boleh berfungsi secara automatik, pesakit tidak perlu meluangkan masa untuk mengambil suntikan secara manual. Penggunaan pen insulin bergantung pada tahap penyakit. Namun demikian, penggunaan pen insulin yang pertama kali, pesakit mesti mendapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat.

2.Insulin ialah sejenis hormon yang membantu badan menggunakan glukosa bagi menghasilkan tenaga. Glukosa dihasilkan sebagai tindak balas kepada peningkatan aras glukosa (hiperglisemia) dalam darah. Insulin berfungsi untuk menurunkan aras glukos dalam darah pesakit. Dalam kes pesakit diabetes jenis 2, rintangan insulin berlaku apabila badan pesakit tidak berupaya menggunakan insulin yang terhasil secara berkesan. Keadaan ini memberikan kesan kepada ketidakseimbangan aras glukosa.

3.Ubat diabetes diambil dengan memasukkan ke dalam mulut (oral) dan ditelan. Kaedah pengambilan ubat secara oral ini memerlukan masa yang lebih lama untuk mendapatkan kesannya berbanding dengan kaedah suntikan insulin.

Pesakit diabetes perlu mengambil ubatan seperti yang telah disarankan oleh doktor. Waktu pengambilannya adalah bergantung pada jenis ubat dan tahap keseriusan pesakit diabetes seperti aras glukosa dalam darah. Terdapat ubat yang mempunyai arahan untuk diambil sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan. Kesilapan biasanya berlaku apabila pesakit tidak menjarakkan waktu pengambilan ubat dengan waktu makan seperti yang diarahkan. Misalnya, doktor mengarahkan pesakit mengambil ubat 30 minit sebelum makan tetapi ada pesakit yang mengambil ubat sejurus sebelum makan. Keadaan ini mengurangkan keberkesanan ubat yang dimakan keberkesanan.

Pesakit perlu mengambil ubat diabetes mengikut preskripsi yang diberikan kerana setiap ubat berbeza dari segi tindak balas dan juga cara penyerapan dalam badan. Terdapat ubat yang penyerapan dan keberkesanannya akan terganggu dengan kehadiran makanan dalam perut dan ada ubat yang sebaliknya. Setiap ubat akan bertindak mengikut keperluan yang dikehendaki oleh badan. Terdapat ubat yang membantu dalam merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, mengawal penghasilan glukosa pada hati, melambatkan penyerapan glukosa dalam usus dan yang membaiki rintangan insulin.

Pesakit diabetes jenis 1 memerlukan bantuan ubat insulin sepanjang hidup untuk mengawal kandungan glukosa dalam darah. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes jenis 2 tidak sepenuhnya bergantung pada terapi insulin. Pesakit diabetes jenis 2 mendapatkan suntikan insulin sebagai salah satu kaedah mengawal diabetes. Pesakit diabetes boleh berhenti mengambil insulin jika berjaya mengawal kandungan glukosa dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam. Oleh itu, amalkan gaya hidup yang sihat dalam usaha mengelakkan diri pesakit daripada dibelenggu ubat sepanjang hayatnya.

Sejujurnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa rawatan berherba juga ada yang mampu dan berkesan dalam merawat diabetes. Sesetengah rawatan semula jadi mungkin sangat berkesan tetapi tidak semuanya selamat. Oleh itu, setiap pesakit perlu berhati-hati mengambil rawatan herba ini. Doktor dan jururawat bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan kesihatan, terutamanya yang berkaitan dengan pengambilan ubat-ubatan dan tindakan ubat tersebut. Sebagai pesakit, kepatuhan kepada arahan yang telah diberikan adalah perlu untuk menjamin kesihatan diri dan penyakit yang dihidapi sentiasa dalam kawaIan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here