Resepi Jus Peria Katak Dan Epal Hijau Untuk Turunkan Bacaan Gula

0
20761

Assalamualaikum. Pernah dengar tentang jus peria katak dan epal hijau? Ini antara petua orang tua untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ayah dan ayah mertua saya pun selalu buat jus ini. Walaupun bacaan gula mereka normal, sekali sekala perlu juga minum jus ini untuk menjaga kesihatan.

Bila sebut peria, mesti anda terbayangkan rasanya yang pahit kan.. Tapi pahit itu kan ubat.. 🙂

resepi jus peria katak epal hijau

Jom saya kongsikan resepinya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat jus peria katak:

1 biji peria katak
1 biji epal hijau
4 cawan air kosong

Cara-caranya buat jus peria katak:

potong peria halus
potong epal dan buang bijinya
blend sehingga hancur
tapis dahulu sebelum minum

Dalam jus ini, jangan letak gula pula. Kalau letak, takde gunanya anda nak kawal bacaan gula anda.

Selain daripada itu, ada juga yang resepi yang saya jumpa, orang letak celeri, timun dan lada benggala hijau. Jus tu masih berwarna hijau. Kalau bosan dengan jus peria katak dan epal hijau, boleh cuba kombinasi tersebut untuk variasikan jus sihat anda.

Dicadangkan anda amalkan ini setiap hari kalau boleh. Kalau tak, selang sehari pun dah memadai. Untuk kawal diabetes anda juga ni. Jangan culas!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here