Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilogram bermula esok

0
569

KUALA LUMPUR: 2012/09/28:

Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Razak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata, pengurangan subsidi itu mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.

“Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta,” katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati” hari ini.


Perdana Menteri berkata, keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010) dan kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini.

Kenaikan itu adalah disebabkan faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang.

Najib berkata, di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.
“Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata, peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. – BERNAMA: SUMber

Sejauh mana harga gula boleh menentukan tahap penyakit kencing manis di kalangan pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here