Suntik sendiri sejak usia 8 tahun kerana diabetes

0
519

Setiap hari, rutin Brian Ashwin, 14, sejak enam tahun lalu adalah menyuntik insulin ke tubuhnya sebagai rawatan kerana menghidap Diabetes Mellitus Jenis 1.

Malah, anak sulung daripada dua beradik ini perlu mendisiplinkan diri untuk melengkapkan empat suntikan pada waktu pagi, tengah hari, malam dan sebelum tidur. Semuanya dilakukan sebelum waktu makan.

Walaupun bukan mudah mengikut jadual ditetapkan, Brian ibarat ‘doktor’ cekal melakukannya tanpa gagal walaupun sehari.
Brian berkata, beliau tidak mempunyai masalah atau tekanan meskipun menghidap diabetes pada usia muda kerana rakan sekolah dan gurunya memahami penyakit serta mengambil berat mengenai dirinya.

Jalani kehidupan seperti biasa

Beliau juga seperti pelajar lain, menikmati hidup dan belajar demi mengejar cita-cita.

“Ayah sudah memberitahu guru dan rakan sekolah mengenai penyakit saya supaya mereka tidak panik jika berlaku sebarang kemungkinan tidak diingini ketika menjalankan aktiviti di sekolah.
“Saya seperti individu normal lain dan mahu menjalani kehidupan bersama remaja lain dengan gembira. Saya tidak malu dan tidak kisah orang tahu saya ambil suntikan insulin setiap hari,” katanya ketika ditemui selepas taklimat diabetes di Hospital Colombia Asia, Puchong, barubaru ini.

Sementara itu, ibunya, Irene Esther, berkata pada awalnya beliau memang sedih apabila mengetahui Brian menghidap penyakit diabetes dalam usia muda.

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here