Ubatan Tradisional Rawat Kencing Manis

0
688

Ubatan tradisional kencing manis sering digunakan dari segi herba semulajadi. Perbezaan ubat tradisional jarang membawa kesan sampingan seperti ubat moden dari doktor di hospital.

Ubat tradisional kencing manis fungsinya dapat meningkatkan pengambilan glukosa dari sel lemak seperti menghalang rembesan glucagon dari sek alfa dan mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus.

Cara ini untuk menurunkan gula dalam darah namun tidak seorang dari mereka menyembuhkan diabetes. Keadaan ini mungkin akan merosot jika dirawat dengan cara yang betul. Ubat kencing manis secara tradisional digunakan sejak dahulu merupakan pilihan yang bijak yang bukan saja membantu kencing manis tetapi dapat meningkatkan tahapkesihatan yang menyeluruh.

HERBA ATAU TUMBUHAN SEMULAJADI MENGUBATI KENCING MANIS

Buah Tunjuk Langit
Image result for buah tunjuk langit• FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.
• SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Iamenguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .
• BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.

Mas cotek (ficus deltoidea)
Image result for mas cotek• Mas cotek adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dan menumpang di atas pokok lain dan biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Ia telah digunakan secara turun-temurun untuk masalah kolesterol, saraf, masalah wanita dan ia juga dipercayai dapat mencantikkan kulit. Daunnya didapati kaya dengan antioksida dan vitamin C.
• Melalui kajian makmal yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan bahawa mas cotek mampu meningkatkan rembesan insulin seterusnya membantu menurunkan paras gula dan menggalakkan pengambilan gula oleh sel sebagai sumber tenaga.

Buah mengkudu (Morinda citrifolia)
Image result for buah mengkudu• Buah mengkudu dikatakan tinggi dengan zat pemakanan seperti vitamin C dan B3, zat besi dan potassium (kalium).
• Jus mengkudu mengandungi potassium yang tinggi, jadi ia boleh bertindak balas dengan ubatan moden dan boleh menyebabkan potassium meningkat dalam darah.

Halba (Trigonella foenum graecum)
Image result for halba• Halba menggalakan perembesan insulin oleh pankreas dan meningkatkan sensitiviti sel badan terhadap insulin.
• Halba tumbuhan herba yang digunakan secara meluas dalam bidang perubatan hinggalah ke bidang masakan. India merupakan pengeluar halba terbesar disamping Mesir, Turki, Sepanyol dan China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here